Thursday 1 December 2016

KESIMPULAN



        Semua pihak tanpa mengira sesiapa harus melihat usaha memajukan sektor pertanian ini dengan lebih teliti. Semua kajian perlulah dilakukan sebelum kerajaan membuat keputusan untuk memberi perhatian khusus kepada pertanian sahaja. Kegagalan untuk melihat sesuatu masalah itu secara holistik menyebabkan kita sering melakukan kesilapan dalam merangka sesuatu dasar yang sesuai dengan keperluan zaman.

Dalam dunia yang serba bersaing, baik di bidang apa pun yang kita terokai, daya pemikiran, kreativiti dan inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dalam bidang pertanian, inovasi yang menambahbaik sesuatu teknologi akan membawa perubahan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti hidup tanpa mencemar alam semula jadi. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang. Bagi negara yang mementingkan pembangunan pertanian mampan dan kualiti kehidupan yang harmoni akan sentiasa memupuk rakyatnya untuk meningkatkan tahap penguasaan dan penghayatan ilmu demi kebaikan manusia sejagat.

SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN BERASAKAN PERTANIAN



       Sokongan dan bantuan kerajaan bukan sahaja kritikal dalam menyokong usaha menjayakan perniagaan yang berasaskan kepada pertanian malahan mampu mendorong kejayaan pencapaian NKEA yang ditetapkan kerajaan bagi sektor pertanian. Kerajaan kini dilihat semakin aktif di dalam merangsang pembangunan sektor pertanian melalui pelbagai inisiatif.  Sebagai contohnya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menubuhkan Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) iaitu pusat sumber dan maklumat setempat bagi menyokong dan membangunkan perniagaan dalam bidang pertanian dan makanan negara (Laporan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2016). 
        
       Selain daripada itu, kementerian berkenaan juga turut membentuk Skim Galakan dan Intensif bagi memberi bantuan kepada para usahawan dari pelbagai bidang.  Skim ini terbahagi kepada dua iaitu Dana Pembangunan yang melibatkan Dana Nelayan LKIM dan Dana Sains serta Insentif Fiskal dan Bukan Fiskal.  Skim Technofund yang merupakan skim khas bagi menggalakkan pengunaan tingkat teknologi terbaharu di dalam bidang pertanian juga merupakan gambaran sokongan oleh kerajaan kepada sektor pertanian.  Strategi My Kampung My Future yang dilancarkan kementerian juga menzahirkan hakikat bahawa inisiatif seperti Back to the Future in kampung, Agribusiness Competition, 1Kampung 1Mission dan Entertainment and Sports merupakan antara langkah-langkah kerajaan membantu sektor pertanian secara agresif.  Akhir sekali, sokongan kerajaan juga digambarkan melalui program MyGap iaitu penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).  
Menurut Saifuddin Abdullah, (2006) yang juga merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, belia hari ini kurang berminat dengan pertanian. Malah, ramai graduan pertanian pun tidak menjadi petani. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Teknikal telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan mata pelajaran Sains Pertanian di peringkat sekolah menengah teknik dan vokasional bertujuan untuk memberi pengetahuan, pendedahan dan latihan kepada para pelajar dalam bidang pertanian. Kajian ini dibuat untuk melihat sejauhmana mata pelajaran Sains Pertanian dapat membina minat serta kerjaya pelajar dalam sektor pertanian selepas tamat pengajian kelak.
Bagi Fatimah Mohamed Arshad melalui rencananya di dalam Utusan Malaysia online bertarikh 18 November 2005 menerangkan bahawa Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan menetapkan untuk mencapai imbangan positif dalam imbangan pembayaran makanan. Salah satu strategi adalah dengan mewujudkan persekitaran perniagaan pertanian yang dinamik yang dipandu oleh usahawan tani. Perkembangan semasa yang berlaku ini, hasil daripada kesedaran kerajaan bahawa sektor pertanian merupakan tulang belakang ekonomi negara sejak sekian lama. Oleh itu proses melahirkan usahawan tani seharusnya melibatkan golongan belia terutamanya yang berpendidikan bagi mengubah persepsi dan mentaliti belia terhadap bidang pertanian. Belia yang dimaksudkan disini ditakrifkan sebagai golongan lepasan sekolah yang berusia 18 tahun ke atas sehingga peringkat awal dewasa iaitu 40 tahun. 
Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia yang prihatin telah menubuhkan beberapa agensi-agensi yang berkaitan dan diharap dapat membantu serta meringankan beban pihak yang memerlukan. Agensi ini berperanan menyokong dengan memberi pembiayaan kepada pemohon dan calon yang layak seperti TEKUN, MARA, PUNB dan TABUNG EKONOMI BELIA sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Agensi yang terlibat memainkan peranan yang sangat penting terutama dalam memberikan pembiayaan dan modal permulaan dalam sesebuah perniagaan. 
Pihak kerajaan juga ada menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan bagi mendorong orang ramai terutamanya anak muda untuk menyertai bidang pertanian. Kini, mata pelajaran Sains Pertanian turut diperkenalkan di peringkat menengah atas. Ini adalah untuk menarik minat anak bangsa Malaysia sejak mereka masih muda lagi. Pihak kerajaan juga ada memperkenalkan pertanian bandaran secara hidroponik atau secara sistem fertigasi di sekolah-sekolah yang terpilih. Hal ini untuk menunjukkan  bahawa kawasan untuk berkebun tidak terhenti hanya di ladang atau di rumah saja. Ia juga boleh dikerjakan di sekolah. Pada 8 Mac yang lalu, sebuah universiti yang menekankan pertanian telah dibuka di Alor Gajah, Melaka. Universiti yang diberi nama Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dikatakan berpotensi untuk menjadi pemacu kepada inisiatif kerajaan dalam memastikan bidang pertanian dan perladangan terus relevan pada masa hadapan serta mampu berkembang seiring kemajuan bidang lain (Utusan Online, 9 Mac 2016). 
Kerajaan juga telah bekerjasama dengan sektor swasta dan badan bukan berkanun kerajaan (NGO) bagi perlaksanaan program pembangunan belia seperti latihan kepemimpinan dan kemahiran serta kemahiran keusahawanan. Selain itu, untuk memperkukuhkan lagi pengurusan dan keupayaan pelaksanaan, agensi sektor awam yang bertangggungjawab telah melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional pada tahun 2004 yang memberi penekanan kepada 11 unsur teras dalam pembangunan belia yang merangkumi kesejahteraan sosioekonomi, bina upaya, kualiti kepimpinan, penyertaan dalam Program Rakan Muda , integrasi sosial dan kesedaran politik di kalangan belia.
FELDA



CABARAN DAN HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN



Cabaran dalam bidang pertanian ialah serangan pelbagai penyakit kepada tumbuhan mahupun ternakan. Sesetengah petani menghabiskan masa yang banyak untuk memerangi serangan penyakit dan kadangkala terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memulihkan keadaan. Sebagai contoh, Malaysia sememangnya kaya dengan hasil tanaman pokok kelapa sawit. Namun begitu, terdapat satu penyakit yang digelar reput pangkal batang (RPB) yang telah mula menjangkiti pokok kelapa sawit semenjak tahun 1931 lagi. Penyakit ini disebabkan oleh kulat Ganoderma.Ia adalah sejenis parasit fakultatif yang hidup secara saprofitik pada pangkal dan batang pokok mereput dengan menjadikannya sebagai sumber makanan. Ketua Kluster Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Kumpulan Perkhidmatan Pertanian, Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Syed Salim Syed Ali berkata, “Industri kelapa sawit turut menjangkakan keseluruhan kawasan yang menerima kesan Ganoderma ini akan meningkat kepada 450,000 hektar pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 7.5 kali ganda dalam tempoh berkenaan (Kosmo, 20 September 2016).
Selain itu, halangan modal merupakan input penting dalam apa jua kegiatan ekonomi Begitu juga dengan aktiviti pertanian. Modal sangat diperlukan untuk menanggung kos-kos pengeluaran Berdasarkan kajian, pengusaha pertanian menghadapi halangan modal dari segi menggunakan balik modal dalam aktiviti pertanian itu sendiri. Olawepo (2012) dalam kajiannya menyatakan kekurangan sokongan terutamanya dari segi kewangan merupakan cabaran utama bagi pengusaha pertanian bandar di IIorin, Nigeria. Kira-kira 13.3% pengusaha menghadapi kekangan kewangan untuk membeli alatan dalam pertanian seperti baja dan perkakas lain.
Dari semasa ke semasa, sektor pertanian akan menghadapi masalah dengan berkurangnya keluasan tanah yang subur untuk tanaman akibat dilanda proses perbandaran dan kemajuan industri. Dua pembolehubah ekonomi yang dikaitkan dengan ketidaklestarian sektor pertanian ialah bekalan tanah pertanian yang terus berkurangan dan tekanan penduduk yang kian bertambah. Kekurangan tanah pertanian disebabkan oleh proses perbandaran dan perindustrian manakala pertambahan penduduk berpunca daripada kadar kelahiran yang lebih tinggi daripada kadar kematian. Kedua-dua faktor ini boleh menjejaskan keupayaan pengeluaran pertanian. Kekurangan tanah pertanian mempunyai kesan langsung kepada kejatuhan jumlah ouput pertanian dan pertambahan penduduk menyebabkan kejatuhan keluaran purata bagi setiap penduduk (Nik Hashim Mustapha & Mohd Fauzi, 1995). 
Walaupun sokongan untuk pertanian bandar semakin meningkat, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi para petani di bandar seperti akses kepada air, akses kepada modal dan ordinan zon yang melarang aktiviti pertanian dilakukan di bandar. Kebanyakan bandar-bandar menghadapi cabaran pertanian bandar dari segi ulasan ordinan pertanian bandar, pembangunan zon khusus untuk pertanian, memberi pendidikan kepada masyarakat serta polisi pertanian bandar dalam perancangan bandar (Rafiqah Mat & Aziz Abdul Majid, (2015).

Selain itu, faktor-faktor serta cabaran dan halangan bidang perniagaan berasaskan pertanian ialah:
1. Faktor Fizikal
a. Muka bumi
o Dataran, delta dan lembangan sungai yang sesuai untuk penanaman padi.
o Kawasan bukit yang beralun, bersaliran baik sesuai untuk penanaman getah,
kelapa sawit dan koko.
o Cerun-cerun bukit sesuai untuk penanaman teh dan padi huma.
b. Tanah-tanih
o Tanah lanar di lembangan dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi
sawah.
o Tanah laterit sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko (kaki
bukit).
o Tanah berpasir sepanjang pinggir pantai untuk tanaman kelapa.
o Tanah gambut untuk tanaman nanas (kawasan berpaya).
c. Iklim
o Hujan tahunan melebihi 2500 mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang
tahun sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, tembakau
dan lada hitam.
o Hujan yang banyak dan suhu rendah kira-kira 18oC sesuai untuk penanaman
teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran hawa sederhana di Cameron
Highlands.
d. Saliran
o Kawasan bersaliran buruk (paya) sesuai untuk penanaman padi sawah.
o Yang bersaliran baik sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit,  nanas,
koko, tembakau dan lada hitam.
2. Faktor Teknikal : Teknologi moden
a. Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi           produktiviti hasil
pertanian.
b. Penggunaan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor telah membantu
meningkatkan daya pengeluaran hasil.
c. Sistem pengairan yang moden telah membolehkan penanaman padi 2 atau 3 kali
setahun - hasil semakin meningkat.
d. Penggunaan benih yang bermutu tinggi, racun serangga dan baja urea.
e. Sistem pengangkutan yang maju telah memudahkan dan mempercepatkan pemasaranhasil pertanian.
3. Faktor Ekonomi
a. Bantuan modal dan pelaburan dalam teknologi melalui skim ansuran oleh kerajaan.
b. Adanya agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FAMA, RISDA yang ditubuhkanuntuk membantu petani dalam penggunaan peralatan moden, cara penanaman moden serta mengatasi masalah pertanian.
4. Faktor Tradisional
Sering merupakan penghalang kepada cara-cara pertanian moden namun cara pertanian tradisional sesuai bagi ladang-ladang kecil.
Hal ini disokong kajian yang dilakukan oleh Ghazali, 2000;2013 halangan kekurangan dan ketidaksesuaian tanah yang dikemukakan oleh 7 orang responden menunjukkan kira-kira 46.6% responden menghadapi masalah yang sama. Halangan lain yang dihadapi ialah masalah sewa tanah iaitu 6.6%. Terdapat pengusaha pertanian yang menyewa tanah orang lain untuk menjalankan aktiviti pertanian di bandar. Namun, disebabkan oleh urbanisasi, harga tanah di bandar semakin meningkat. Tanah merupakan aset yang sangat penting di bandar. Hal ini telah menyebabkan kadar sewa juga semakin meningkat dan membebankan pengusaha seperti kenyataan seorang lagi responden:
“…macam saya tanam pokok ini atas tanah orang, makin lama sewa tanah makin naik…untung pun tak banyak macam dulu…” (Pengusaha R9, 42 tahun). 
Mencari tanah yang sesuai untuk tanaman juga menjadi halangan dalam aktiviti pertanian bandar. Hal ini kerana tahap kesuburan tanah di bandar telah terjejas akibat pelbagai aktiviti pembangunan dan juga pencemaran Terdapat beberapa jenis tanaman memerlukan kawasan dan tanah tertentu untuk hidup seperti tanah gambut sesuai untuk tanaman nenas. Pengusaha R15 menyatakan bahawa beliau perlu mencari tanah yang sesuai bagi tanaman ubi kayu yang diusahakan beliau, di samping mempunyai halangan kekurangan tanah (Rafiqah Mat & Aziz Abdul Majid, 2015)
           Mengikut kajian yang dijalankan oleh Ismail, (1995) pula terhadap peratusan taburan umur yang terlibat dalam sektor pertanian di tiga buah kawasan di negeri Pahang menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk yang bekerja di sektor pertanian adalah terdiri daripada golongan-golongan yang sudah berumur

POTENSI BIDANG PERTANIAN YANG MENGUNTUNGKAN



“Pertanian adalah perniagaan” merupakan satu slogan yang sangat popular. Slogan ini bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja tetapi juga kepada orang sekelilingnya. Selain itu juga Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan mahupun ekonomi. Jadi, mereka boleh menjual hasil tanaman dan ternakan mereka kepada orang ramai. Jika para peladang dan penternak ini bijak menguruskan wang, mereka boleh menjana wang dengan lebih banyak lagi dan sekali gus menaikkan lagi ekonomi Malaysia.
Hakikat ini turut diakui oleh Zawani Anis (2011) bahawa penggunaan teknologi dalam pertanian dapat meningkatkan pengeluaran pertanian dengan baik dan dapat membantu meningkatkan jumlah pengeluaran makanan domestik negara yang semakin tinggi.  Para petani moden juga digalakkan memanfaatkan sepenuhnya kegunaan teknologi moden dalam pertanian (Utusan Malaysia, 2008; Zawani Anis; 2011). Penggunaan teknologi moden yang lebih meluas juga dapat meningkatkan pengeluaran produk pertanian yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi (Zawani Anis, 2011).  Sehubungan dengan itu, sektor pertanian moden seperti bidang kejuruteraan bioteknologi dan kepakaran dalam pelbagai bidang biologi molekul, kejuruteraan genetik, diagnostik, teknologi bioreactor, proteomik fungsian, dan biokeselamatan dapat menjana teknologi terkini dalam sektor pertanian (Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, 2010; Zawani Anis, 2011).

Justeru itu, rakyat perlu mengubah Persepsi terhadap sektor pertanian dan lebih berani mengambil risiko untuk berbakti kepada tanah. Pertanian perlu diceburi oleh segenap lapisan umur terutamanya anak-anak muda dan bukan hanya petani-petani yang sudah lanjut usianya. Ini juga dapat mengelak para remaja di Malaysia daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen berlebihan, melepak di pusat membeli belah atau stesen bas tanpa arah tuju dan tidur melampau batas.
Selain itu,tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang tetapi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnya menambah hasil pendapatan negara. Kerajaan juga telah melakukan banyak perubahan daripada aspek proses dan keperluan jentera. Dengan bantuan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, kita telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan teknologi ICT yang terkini. Dengan itu, para pengusaha ladang dapat menggunakan teknologi-teknologi baru ini untuk menambah baik sistem di ladang mereka sekali gus meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran.
http://www.moa.gov.my/web/guest/home