Thursday 1 December 2016

CABARAN DAN HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN



Cabaran dalam bidang pertanian ialah serangan pelbagai penyakit kepada tumbuhan mahupun ternakan. Sesetengah petani menghabiskan masa yang banyak untuk memerangi serangan penyakit dan kadangkala terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memulihkan keadaan. Sebagai contoh, Malaysia sememangnya kaya dengan hasil tanaman pokok kelapa sawit. Namun begitu, terdapat satu penyakit yang digelar reput pangkal batang (RPB) yang telah mula menjangkiti pokok kelapa sawit semenjak tahun 1931 lagi. Penyakit ini disebabkan oleh kulat Ganoderma.Ia adalah sejenis parasit fakultatif yang hidup secara saprofitik pada pangkal dan batang pokok mereput dengan menjadikannya sebagai sumber makanan. Ketua Kluster Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Kumpulan Perkhidmatan Pertanian, Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Syed Salim Syed Ali berkata, “Industri kelapa sawit turut menjangkakan keseluruhan kawasan yang menerima kesan Ganoderma ini akan meningkat kepada 450,000 hektar pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 7.5 kali ganda dalam tempoh berkenaan (Kosmo, 20 September 2016).
Selain itu, halangan modal merupakan input penting dalam apa jua kegiatan ekonomi Begitu juga dengan aktiviti pertanian. Modal sangat diperlukan untuk menanggung kos-kos pengeluaran Berdasarkan kajian, pengusaha pertanian menghadapi halangan modal dari segi menggunakan balik modal dalam aktiviti pertanian itu sendiri. Olawepo (2012) dalam kajiannya menyatakan kekurangan sokongan terutamanya dari segi kewangan merupakan cabaran utama bagi pengusaha pertanian bandar di IIorin, Nigeria. Kira-kira 13.3% pengusaha menghadapi kekangan kewangan untuk membeli alatan dalam pertanian seperti baja dan perkakas lain.
Dari semasa ke semasa, sektor pertanian akan menghadapi masalah dengan berkurangnya keluasan tanah yang subur untuk tanaman akibat dilanda proses perbandaran dan kemajuan industri. Dua pembolehubah ekonomi yang dikaitkan dengan ketidaklestarian sektor pertanian ialah bekalan tanah pertanian yang terus berkurangan dan tekanan penduduk yang kian bertambah. Kekurangan tanah pertanian disebabkan oleh proses perbandaran dan perindustrian manakala pertambahan penduduk berpunca daripada kadar kelahiran yang lebih tinggi daripada kadar kematian. Kedua-dua faktor ini boleh menjejaskan keupayaan pengeluaran pertanian. Kekurangan tanah pertanian mempunyai kesan langsung kepada kejatuhan jumlah ouput pertanian dan pertambahan penduduk menyebabkan kejatuhan keluaran purata bagi setiap penduduk (Nik Hashim Mustapha & Mohd Fauzi, 1995). 
Walaupun sokongan untuk pertanian bandar semakin meningkat, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi para petani di bandar seperti akses kepada air, akses kepada modal dan ordinan zon yang melarang aktiviti pertanian dilakukan di bandar. Kebanyakan bandar-bandar menghadapi cabaran pertanian bandar dari segi ulasan ordinan pertanian bandar, pembangunan zon khusus untuk pertanian, memberi pendidikan kepada masyarakat serta polisi pertanian bandar dalam perancangan bandar (Rafiqah Mat & Aziz Abdul Majid, (2015).

Selain itu, faktor-faktor serta cabaran dan halangan bidang perniagaan berasaskan pertanian ialah:
1. Faktor Fizikal
a. Muka bumi
o Dataran, delta dan lembangan sungai yang sesuai untuk penanaman padi.
o Kawasan bukit yang beralun, bersaliran baik sesuai untuk penanaman getah,
kelapa sawit dan koko.
o Cerun-cerun bukit sesuai untuk penanaman teh dan padi huma.
b. Tanah-tanih
o Tanah lanar di lembangan dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi
sawah.
o Tanah laterit sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko (kaki
bukit).
o Tanah berpasir sepanjang pinggir pantai untuk tanaman kelapa.
o Tanah gambut untuk tanaman nanas (kawasan berpaya).
c. Iklim
o Hujan tahunan melebihi 2500 mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang
tahun sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, tembakau
dan lada hitam.
o Hujan yang banyak dan suhu rendah kira-kira 18oC sesuai untuk penanaman
teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran hawa sederhana di Cameron
Highlands.
d. Saliran
o Kawasan bersaliran buruk (paya) sesuai untuk penanaman padi sawah.
o Yang bersaliran baik sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit,  nanas,
koko, tembakau dan lada hitam.
2. Faktor Teknikal : Teknologi moden
a. Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi           produktiviti hasil
pertanian.
b. Penggunaan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor telah membantu
meningkatkan daya pengeluaran hasil.
c. Sistem pengairan yang moden telah membolehkan penanaman padi 2 atau 3 kali
setahun - hasil semakin meningkat.
d. Penggunaan benih yang bermutu tinggi, racun serangga dan baja urea.
e. Sistem pengangkutan yang maju telah memudahkan dan mempercepatkan pemasaranhasil pertanian.
3. Faktor Ekonomi
a. Bantuan modal dan pelaburan dalam teknologi melalui skim ansuran oleh kerajaan.
b. Adanya agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FAMA, RISDA yang ditubuhkanuntuk membantu petani dalam penggunaan peralatan moden, cara penanaman moden serta mengatasi masalah pertanian.
4. Faktor Tradisional
Sering merupakan penghalang kepada cara-cara pertanian moden namun cara pertanian tradisional sesuai bagi ladang-ladang kecil.
Hal ini disokong kajian yang dilakukan oleh Ghazali, 2000;2013 halangan kekurangan dan ketidaksesuaian tanah yang dikemukakan oleh 7 orang responden menunjukkan kira-kira 46.6% responden menghadapi masalah yang sama. Halangan lain yang dihadapi ialah masalah sewa tanah iaitu 6.6%. Terdapat pengusaha pertanian yang menyewa tanah orang lain untuk menjalankan aktiviti pertanian di bandar. Namun, disebabkan oleh urbanisasi, harga tanah di bandar semakin meningkat. Tanah merupakan aset yang sangat penting di bandar. Hal ini telah menyebabkan kadar sewa juga semakin meningkat dan membebankan pengusaha seperti kenyataan seorang lagi responden:
“…macam saya tanam pokok ini atas tanah orang, makin lama sewa tanah makin naik…untung pun tak banyak macam dulu…” (Pengusaha R9, 42 tahun). 
Mencari tanah yang sesuai untuk tanaman juga menjadi halangan dalam aktiviti pertanian bandar. Hal ini kerana tahap kesuburan tanah di bandar telah terjejas akibat pelbagai aktiviti pembangunan dan juga pencemaran Terdapat beberapa jenis tanaman memerlukan kawasan dan tanah tertentu untuk hidup seperti tanah gambut sesuai untuk tanaman nenas. Pengusaha R15 menyatakan bahawa beliau perlu mencari tanah yang sesuai bagi tanaman ubi kayu yang diusahakan beliau, di samping mempunyai halangan kekurangan tanah (Rafiqah Mat & Aziz Abdul Majid, 2015)
           Mengikut kajian yang dijalankan oleh Ismail, (1995) pula terhadap peratusan taburan umur yang terlibat dalam sektor pertanian di tiga buah kawasan di negeri Pahang menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk yang bekerja di sektor pertanian adalah terdiri daripada golongan-golongan yang sudah berumur

No comments:

Post a Comment