Thursday 1 December 2016

POTENSI BIDANG PERTANIAN YANG MENGUNTUNGKAN



“Pertanian adalah perniagaan” merupakan satu slogan yang sangat popular. Slogan ini bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja tetapi juga kepada orang sekelilingnya. Selain itu juga Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan mahupun ekonomi. Jadi, mereka boleh menjual hasil tanaman dan ternakan mereka kepada orang ramai. Jika para peladang dan penternak ini bijak menguruskan wang, mereka boleh menjana wang dengan lebih banyak lagi dan sekali gus menaikkan lagi ekonomi Malaysia.
Hakikat ini turut diakui oleh Zawani Anis (2011) bahawa penggunaan teknologi dalam pertanian dapat meningkatkan pengeluaran pertanian dengan baik dan dapat membantu meningkatkan jumlah pengeluaran makanan domestik negara yang semakin tinggi.  Para petani moden juga digalakkan memanfaatkan sepenuhnya kegunaan teknologi moden dalam pertanian (Utusan Malaysia, 2008; Zawani Anis; 2011). Penggunaan teknologi moden yang lebih meluas juga dapat meningkatkan pengeluaran produk pertanian yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi (Zawani Anis, 2011).  Sehubungan dengan itu, sektor pertanian moden seperti bidang kejuruteraan bioteknologi dan kepakaran dalam pelbagai bidang biologi molekul, kejuruteraan genetik, diagnostik, teknologi bioreactor, proteomik fungsian, dan biokeselamatan dapat menjana teknologi terkini dalam sektor pertanian (Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, 2010; Zawani Anis, 2011).

Justeru itu, rakyat perlu mengubah Persepsi terhadap sektor pertanian dan lebih berani mengambil risiko untuk berbakti kepada tanah. Pertanian perlu diceburi oleh segenap lapisan umur terutamanya anak-anak muda dan bukan hanya petani-petani yang sudah lanjut usianya. Ini juga dapat mengelak para remaja di Malaysia daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen berlebihan, melepak di pusat membeli belah atau stesen bas tanpa arah tuju dan tidur melampau batas.
Selain itu,tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang tetapi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnya menambah hasil pendapatan negara. Kerajaan juga telah melakukan banyak perubahan daripada aspek proses dan keperluan jentera. Dengan bantuan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, kita telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan teknologi ICT yang terkini. Dengan itu, para pengusaha ladang dapat menggunakan teknologi-teknologi baru ini untuk menambah baik sistem di ladang mereka sekali gus meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran.
http://www.moa.gov.my/web/guest/home

No comments:

Post a Comment