Thursday 1 December 2016

KESIMPULAN



        Semua pihak tanpa mengira sesiapa harus melihat usaha memajukan sektor pertanian ini dengan lebih teliti. Semua kajian perlulah dilakukan sebelum kerajaan membuat keputusan untuk memberi perhatian khusus kepada pertanian sahaja. Kegagalan untuk melihat sesuatu masalah itu secara holistik menyebabkan kita sering melakukan kesilapan dalam merangka sesuatu dasar yang sesuai dengan keperluan zaman.

Dalam dunia yang serba bersaing, baik di bidang apa pun yang kita terokai, daya pemikiran, kreativiti dan inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dalam bidang pertanian, inovasi yang menambahbaik sesuatu teknologi akan membawa perubahan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti hidup tanpa mencemar alam semula jadi. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang. Bagi negara yang mementingkan pembangunan pertanian mampan dan kualiti kehidupan yang harmoni akan sentiasa memupuk rakyatnya untuk meningkatkan tahap penguasaan dan penghayatan ilmu demi kebaikan manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment