Tuesday, 29 November 2016

Apa itu Industri Pelancongan? (Mohamad Naim Bin Abdullah 241994)






Menurut kamus Dewan Edisi Keempat industri boleh didefinasikan sebagai perusahaan yang besar –besaran yang membuat barang-barangan atau bahan untuk keperluan perusahaan lain.Selain itu perusahaan juga membuat keperluan kecil dan sederhana yang mana jualannya tidak melebihi Rm 25 juta dan jumlah pekerja nya tidak melebihi 150 orang.Ianya juga melibatkan perusahaan yang memerlukan modal kecil untuk mengeluarkan barangan pengguna serta sebahagian penduduknya bergantung kepada industri.
Pelancongan pula didefinasikan sebagai hal-hal berkenaan urusan melancong,perbuatan melancong,perjalanan untuk bersenang-senang atau untuk melihat sesuatu ke sesebuah negara menurut kamus Pelajar Edisi Kedua.
Jadi Industri Pelancongan ialah perusahaan yang melibatkan urusan yang berkenaan dengan kemasukkan warga asing melawat dan berjalan masuk ke Malaysia untuk melihat keindahan alam semulajadi Malaysia yang unik,bangunan-bangunan bersejarah hasil peninggalan penjajah asing dahulu dan lain-lain kawasan lagi.Industri pelancongan ini memberi banyak manfaat dan faedah kepada semua pihak.Antara banyak pelancong yang memasuki ke negara Malaysia kita ialah daripada China,Indonesia,Arab tengah da timur,Australia,India dan negara-negara lain.Selain itu kedudukan geografi negara Malaysia dalam peta menjadi salah satu daya tarikan daripada negara luar untuk datang melancong ke Malaysia.
Industri Pelancongan sangat penting kepada sesebuah negara tersebut kerana ianya boleh membuatkan negara tersebut dikenali ramai dan mendapat perhatian dimata dunia apabila seseorang pelancong itu pulang ke negara asalnya.Jadi pihak kerajaan haruslah mengambil langkah-langkah yang bersepadu dan proaktif agar Malaysia sentiasa menjadi salah satu negara yang menjadi pilihan pelancong untuk memilih destinasi negara Malaysia setiap tahun dan sepanjang masa dari seluruh pelusuk pelancong serantau.Namun demikian industri pelancongan sebenarnya memberi kesan positif dan negatf juga jika keadaan nya tidak dikawal betul-betul.Justeru pihak kerajaan haruslah bijak mengawal situasi yang berlaku.http://www.motac.gov.my


No comments:

Post a Comment