Tuesday, 29 November 2016

Kesimpulan.





          Justeru industri pelancongan merupakan aktiviti keusahawanan yang banyak memberi manfaat kepada semua pihak dan pulangan besar.Industri pelancongan ini perlu dikekalkan dan ditambah baikan kelemahannya agar industri ini tidak terjejas dan berkembang lagi dengan pesatnya.Walaupun pelbagai halangan dan tragedi-tragedi tertentu yang menimpa.Hal-hal ini haruslah bijak ditangani oleh semua pihak agar dapat diatasi dengan bijak.Selain itu industri pelancongan boleh menjadi negara kita dikenal dimata dunia dan keunikan nya akan membuat kan pelancong-pelancong akan kembali semula datang melancong ke negara kita.

Industri pelancongan kalau dilihat ianya banyak memberi pulangan dari segi ekonomi kepada pihak kerajaan dan memberi sumber jana pendapatan kepada semua pihak.Oleh hal yang demikian pihak kerajaan haruslah memperbanyakkan aktiviti-aktiviti mempromosikan pelancongan,mempelbagaikan usaha-usaha pelancongan,memberi modal kepada peniaga-peniaga  untuk memperkembangkan perniagaannya untuk yang berkaitan pelancongan,menambah baikan kelemahan tempat-tempat pelancongan dan sebagainya.Selain itu peranan masyarakat Malaysia juga amat  penting untuk memberi kerjasama sepenuhnya akan langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menjayakan akan semua apa yang dibuat.Dengan kerjasama sepenuhnya gandingan ini semua matlamat dan usaha-usaha ini akan berjaya dan memberi kesan yang positif.Industri pelancongan ini juga akan menjadi salah satu platform kepada generasi-generasi muda untuk menceburi dalam bidang ini dan membuka peluang untuk mereka mendalami nya dialam persekolahan dan kolej atau universti.Industri ini haruslah dikekalkan dan dijaga dengan baik oleh semua rakyat Malaysia terutamanya.


No comments:

Post a Comment