Sistem
Sokongan Oleh Pihak Kerajaan
Teras
keseluruhan dasar dalam sektor pelancongan ialah untuk mencapai pertumbuhan
pelancongan yang mampan bagi merealisasikan potensi pekerjaan yang banyak dan
kesan penjanaan pendapatan di tahap negara, negeri dan kawasan tempatan.Satu
pendekatan holistik dan bersepadu yang memberi pengaruh keatas inovasi dan daya
tenaga sektor swasta, layanan baik, sopan-santun dan kesedaran sivik orang awam
dan juga sokongan dari Kerajaan adalah amat perlu untuk menaikkan industri
pelancongan ke tahap pencapaian yang lebih tinggi.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menyediakan
penyampaian
perkhidmatan pelancongan dan menyediakan aktiviti program kegiatan
pelancongan yang berkualiti bagi menggalakkan penglibatan dan
penghayatan masyarakat terhadap industri pelancongan. Antara program
pelancongan yang telah di laksanakan oleh pihak kerajaan ialah program
Sukarelawan Pelancongan, Program Malaysia Rumah Kedua Ku, Pelancongan Pelajar,
Pelancongan Pendidikan,Agro Pelancongan Dan Pelancongan Sukan.
Oleh
yang demikian, pelbagai
prasarana pelancongan yang bermutu tinggi dan berdaya maju di seluruh
negara telah dibina di samping menguatkuasa dan melaksanakan
peruntukan-peruntukan dalam akta industri pelancongan, akta pelesenan kenderaan
pelancongan termasuk peraturan-peraturan di bawahnya dilaksanakan sepenuhnya
secara efisien dan efektif. Usaha ini selaras dengan matlamat untuk
mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang unggul di peringkat
domestik dan antarabangsa. Program utama yang dilaksanakan termasuk pengekalan
dan pemuliharaan tempat bersejarah, peruntukan dan menaiktaraf infrastruktur
berkaitan pelancongan dan juga peningkatan kualiti produk pelancongan dan
perkhidmatan.
Pihak kerajaan juga memberikan sumbangan dalam meningkatkan industri
pelancongan melalui penubuhan Dasar Pelancongan Negara. Pihak kerajaan telah
melancarkan kempen "Tahun Melawat Malaysia" yang bertujuan untuk
menggalakan pelancong asing untuk datang ke Malaysia dengan memperkenalkan
kebudayaan tradisi pelbagai etnik, kepelbagaian makanan, permainan warisan.
Dengan usaha ini, Malaysia akan lebih dikenali di peringkat antarabangsa
melalui keunikan yang tidak terdapat di negara lain disamping nilai ketimuran
dan sopan santun yang diamalakan turut menarik pelancong asing ke Malaysia.
Selain itu, Tourism
Malaysia yang di perkenalkan oleh pihak kerajaan turut meningkatkan
usaha mereka dengan mempromosikan dan memasarkan industri pelancongan
sepenuhnaya melalui digital dan penggunaan perkakasan interaktif dan media
sosial yang inovatif untuk menawarkan pengalaman pelancongan yang di sesuiakan
mengikut keperluan pasaran pelancongan. Media sosial digunakan untuk menguasai
pasaran pelancongan kerana sistem media merupakan talian yang sangat popular
sebagai rujukan pelancong dalam membuat keputusan melancong.
Antara sokongan lain kerajaan untuk mebangunkan industri pelancongan ialah
dengan mewujudkan tabung pembagunan infrastruktur Pelancongan. Tabungan
pembangunan infrastruktur merupakan satu skim kemudahan untuk pembiayaan
pinjaman dana pelancongan yang berterusan dan bertujuan untuk membantu
pengusaha yang ingin membangunkan dan mengembangkan produk pelancongan mereka.
Insentif kerajaan dalam memajukan pelancongan di Malaysia ialah Skim Bantuan
Kebudayaan, Bantuan Bimbingan Seni dan Sumbangan tabungan tajaan Seni. Insentif
dan tabungan ini di perkenalkan oleh kerajaan adalah untuk membina dan
membangunkan Industri pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Negara ini.
Pihak kerajaan juga telah memperkenalkan kursus-kursus pelancongan seperti “We
Are The Hist (WATH)”, Kursus ini di perkenalkan adalah untuk melatih barisan
hadapan dalam sektor pelancongan. Kursus “Eco-Host Malaysia” juga telah
diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai
keperluan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, Program “Think Tourism”
juga di perkenalkan adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan
kepada frontliners’ bagi melengkapkan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran
dalam industri pelancongan yang mementingkan kualiti tahap pekhidmatan
palanggan.
Selain itu,
Satu sistem yang dikenali sebagai "Tagal" merupakan salah satu
sistem yang digunakan untuk menyokong industri pelancongan di Malaysia. Tagal
adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di sabah. Tagal juga lebih
dikenali sebagai “bombon” yang bermaksud jangan dalam bahasa kasazandusun.
Sitem tagal ini merupajan satu kaedah tradisional yang telah di ubah suai
menjadi satu sistem pengurusan yang lebih tersusun di bawah pemantauan jabatan perikanan
negeri. Malalui sistem ini, penggunaan sumber semulajadi akan dihadkan dengan
mangwujudkan zon rizab dan limitasi penuaian sumber sungai.
Pada masa yang sama juga, pihak kerajaan dan swasta sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung
kepada produk sedia ada. Sehingga kini, terdapat pelbagai produk baru yang
telah diperkenalkan dan diterokai dan dimajukan untuk memenuhi citarasa
pelancong. Antara produk baru yang diperenalkan ialah pelancongan sukan melalui
pelbagai acara yang di anjurkan yang bertaraf antarabangsa seperti “Tour De
Langkawi”. Kerajaan juga menonjolkan industri pelancongan melalui khazanah alam
semulajadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu yang
telah di iktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Oleh UNESCO.
Sistem
Sokongan Oleh Pihak Swasta
Sektor
swasta pula manawarkan insentif kemudahan penerbangan melaui syarikat Air Asia dimana
syarikat ini telah menawarkan pakej tambang murah kepada pelancong tempatan dan
asing yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara. Hal ini
turut membantu kerajaan untuk mempromosikan negara dengan imej menarik
yang terdapat di Malaysia
Antara
sumbangan lain Air Asia terhadap industri pelancongan ialah kesemua destinasi
ditawarkan harga yang rendah dan berpatutan.. Syarikat penerbangan tersebut
juga telah meningkatkan jaringan perhubungan ke seluruh destinsi dengan
penerbangan antarabangsa dan domestik dengan 23 destinasi yang membolehkan para
pelancong meneroka tempat-tempat menarik bertaraf dunia selain mencari peluang
perniagaan kesemua negeri-negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Sokongan pihak swasta dalam Industri pelancongan juga
adalah melalui penubuhan Persatuan Tour & Travel Agents (MATTA) yang telah ditubuhkan
pada tahun 1974. MATTA telah berkembang daripada sebuah persatuan ejen
pelancongan dengan kira-kira 30 ahli untuk satu dengan lebih daripada 2,007
ahli yang terdiri daripada semua ejen pelancongan dan pengusaha pelancongan
Negara. Persatuan ini turut di ikuti oleh pelbagai gabungan agensi pelancongan
luar negara. Ia juga merupakan badan perwakilan kebangsaan bagi industri
pelancongan keseluruhan di negara ini. Matta mempuyai cawangan di seluruh
Negara. Dengan ini, Industri pelancongan pastinya akan lebih berkembang dan
meningkatkan ekonomi Negara kerana ianya turut di perkenalkan ke luar Negara
melalui ahlinya yang terdiri dari Negara-negara asing.
No comments:
Post a Comment