Dalam
industri pelancongan, disamping ianya mendatangkan keuntungan kepada negara, ia
mempunyai cabaran dan halangan dalam menjayakannya. Cabaran yang pertama adalah
apabila terjadinya tragedi-tragedi yang boleh menghilangkan kepercayaan para
pelancong terhadap keselamatan negara. Dalam aspek jumlah kedatangan pelancong
ke Malaysia, pelancong dari China adalah meduduki antara tangga teratas. Namun,
jumlah tersebut berkurangan apabila terjadinya beberapa tragedi besar yang
meragut nyawa. Contohnya seperti tragedi yang berlaku terhadap pesawat MH370.
Pesawat MH370 yang hilang ketika membuat penerbangan dari Kuala Lumpur menuju
ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 masih menjadi misteri sehingga kini. Industri
ini mengalami kerugian apabila pelancong China sebanyak 30 peratus membatalkan
percutian mereka ke negara dan ia melibatkan kos RM100 juta (Sinar Online, 17
April 2014). Ditambah pula dengan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu dan
tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh, cabaran ini menjadi semakin hebat.
Industri ini mengalami kesukaran dalam mengembalikan rasa percaya dan keyakinan
dalam diri pelancong asing bahawa Malaysia adalah negara yang selamat untuk
dikunjungi.
Cabaran
yang kedua adalah isu moral pelancong asing ketika berada di Malaysia. Terdapat
banyak isu yang melibatkan kelakuan tidak senonoh pelancong asing. Ini
mendatangkan rasa tidak senang rakyat negara ini dan juga pelancong pelancong
yang lain yang berpegang pada nilai-nilai ketimuran dan menjaga adab sopan.
Contohnya seperti tindakan 10 pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung
Kinabalu pada hujung Mei 2015. Juga seperti tindakan pelancong asing yang
berjemur di pantai separuh bogel dan tanpa pakaian. Kes-kes ini sukar ditangani
sekiranya mereka tidak faham budaya negara Malaysia yang kaya dengan adab sopan
dan mereka seperti segaja tidak mahu menghormati peraturan-peraturan
pelancongan yang telah ditetapkan. Ini semua bergantung pada penguatkuasaan,
pemantauan dan terutamanya terhadap sikap pelancong itu sendiri demi
mengelakkan berlakunya perbuatan-perbuatan sumbang pada pandangan rakyat
tempatan (Majed M.J., 2015).
Cabaran
yang ketiga adalah persaingan dengan negara luar. Cabaran ini berlaku apabila
wujudnya persaingan dalam industri pelancongan ngan negara-negara yang
mempunyai kesedaran terhadp pentingnya sesebuah industri pelancongan untuk
sesebuah negara. Malaysia perlulah lebih kreatif dalam mempromosikan
keistimewaan negara supaya Malaysia menjadi negara pilihan untuk dilawati oleh
pelancong asing. Malaysia juga mengekalkan kestabilan politiknya kerana ia
memberi impak yang besar kepada negara termasuklah industri pelancongan.
Ketidakstabilan politik boleh memberi impak negatif terhadap pembangunan
prasarana untuk pelancong dan mengganggu kelancaran pembangunan yang telah
dirancang. Seterusnya, ia membawa kepada penjejasan imej negara dan menyebabkan
pelancong asing memandang rendah terhadap negara kita dan sudah tentulah negara
kita tidak menjadi pilihan untuk dilawati jika hal ini terjadi
(Pelanconganblog, 2016).
Cabaran
yang keempat ialah kebersihan alam sekitar. Kebanyakan pelancong yang melancong
ke negara ini adalah untuk menikmati pemandangan dan alam semulajadinya yang
menarik dan ia berkait rapat dengan alam sekitar. Pencemaran yang berlaku
terhadap alam sekitar akan mencacatkan keindahan tempat dan pemandangan yang
ada dan akan memberi persepsi yang negatif terhadap imej negara. Menurut Ketua
Eksekutif Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA), Joseph A. McInerney,
keindahan alam wajib dikekalkan kerana tanpanya, sukar untuk industri
pelancongan bergerak maju. Hal ini dapat dilihat apabila negara yang sangat
terkenal dengan alam semulajadi yang menakjubkan juga mengalami masalah dalam
industri pelancongan apabila negara tersebut mengalami bencana jerebu. Sebagai
contoh, jerebu yang menyelubungi Malaysia pada penghujung tahun 2015 dikatakan
datang dari kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan ramai pelancong takut
untuk melawat ke negara ini (Utusan Online, 10 Januari 1998).
Cabaran
yang kelima adalah kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai.
Dapat dilihat pada zaman generai Y dan Z ini, budaya dan nilai-nilai murni yang
menjadi amalan nenek moyang kita semakin dilupakan kerana masyarakat sekarang
lebih meminati dan mengikuti budaya barat. Dalam sektor pelancongan, kebudayaan
merupakan faktor yang penting kerana pelancong ingin merasai dan mengetahui
kebudayaan tradisi setiap negara yang tidak ada di negara lain. Contohnya
seperti seni silat. Masyarakat sekarang lebih ramai memilih untuk belajar
Taekwondo yang asalnya dari negara luar berbandiang belajar silat yang
sememangnya budaya orang Melayu. Selain daripada itu, tarian tradisional,
pakaian tradisional dan banyak lagi yang semakin dilupakan oleh anak muda. Jika
tidak diwarisi oleh anak-anak muda ketika ini keunikan sesebuah negara akan
hilang yang membawa kepada kurangnya pelancong yang akan datang ke negara
tersebut (Pelanconganblog, 2016).
No comments:
Post a Comment