Antara
kepentingan sektor industri pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat
pelancongan yang menarik di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak tempat
bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di
negeri Melaka. Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu
pengetahuan seseorang. Di negara kita pelancong juga boleh bermain sambil melawat
tempat – tempat bersejarah ini kerana kita akan dapat mengetahui bahawa
sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah
pelancong. Jadi, bagi memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah
persembahan turut diadakan seperti di Kota A – Famosa. Di Kota A – Famosa
pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada
masa yang sama kerana tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang
Safari dan Dunia Air turut disediakan. Tempat – tempat ini sesuai untuk semua
golongan masyarakat sama ada kanak – kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor industry
pelancongan dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik dinegara kita.
Selain itu, sektor industri pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita. Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara – negara Barat seperti England cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia seperti yu sang, bau dan char kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu, capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia. Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.
Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain – lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Jelasnya, industri kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.
Sektor
industri pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi
istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk
yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban
dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara
pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor
pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak
lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi
pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya
wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga
diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah
panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju
kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain
sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang
dibawa pulang ke negara asal pelancong akan akan menjadi memori indah yang akan
menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan budaya
masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan
sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment