Industri pelancongan merupakan salah
satu sektor yang di dapati semakin berkembang maju dan menjadi sumber
pendapatan terpenting bagi Negara ini. Hal ini menyebabkan banyak tempat-
tempat pelancongan yang di buka dan di majukan ibarat cendawan tumbuh selepas
hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor
pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang semakin
pesat. Namun, masih ada ruang dan peluang yang wajar dimanfaatkan oleh semua
pihak untuk memastikan faedah diperoleh daripada perkembangan sektor ini. Untuk
memestikan sektor ini terus maju, pelbagai langkah yang perlu di ambil agar
industri pelancongan dapat dimajukan.
Antara langkah-langkah yang boleh
diambil untuk memajukan industri pelancongan di Negara ini ialah mengadakan
kempen-kempen dan promosi pelancongan. Kementerian Pelancongan hendaklah
mengadakan kempen ini di dalam atau di luar negeri. Pusat-pusat penerangan
pelancongan serta rombongan-rombongan kebudayaan dan kesenian ke luar negara
harus di jalankan dengan lebih kerap. Ini bertujuan mendedahkan keindahan alam
semula jadi dan keunikan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini kepada
masyarakat luar. Manakala pelancong dalam negara pula boleh ditarik dengan
mengadakan kempen-kempen pelancongan menerusi media ataupun risalah. Program
seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat
mengetahui keindahan negara kita. Ini sekali gus akan mendorong mereka untuk
melancong dan melawati tempat yang tidak pernah di kunjungi
Kempen Tahun melawat Malaysia
yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan juga merupakan salah satu langkah yang
terbaik untuk memajukan industri pelancongan di Negara ini. Tahun Melawat
Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan
lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini mennyediakan
pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya,
pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong.
Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun
Melawat Malaysia ini. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul
tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
kompetetif. Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam
mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini.
Langkah seterusnya adalah dengan meningkatkantahap
kawalan keselamatan pelancong. Hal ini perlu di titik beratkan
untuk menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara
kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat kita yang
kadang lupa diri dan suka mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu,
Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis
menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul
kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani. Ini perlu
dilakukan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara
imej negara.
Langkah lain yang boleh dilakukan
untuk menarik kedatangan pelancong adalah dengan meningkatkan dan menambah prasarana
pelancongan yang selesa, jimat, mencukupi dan mudah. Penyediaan hotel,
chalet, tandas, pengangkutan awam, bekalan air dan elektrik adalah penting
untuk pembangunan industri pelancongan. Kerap berlaku pelancong terkandas atau
terlewat sampai ke destinasi akibat masalah pengangkutan, misalnya untuk ke
Taman Negara dan lain-lain destinasi di pedalaman. Kerap berlaku juga masalah
tandas yang terhad dan berbau busuk, selain bekalan air dan elektrik yang kerap
meragam. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk
berkunjung lagi ke sini.
Memperkenalkan produk pelancongan
baharu juga merupakan salah satu langkah yang boleh dilaksanakan untuk
menarik minat pelancong dari pelbagai negara. Pelbagai produk pelancongan yanng
boleh diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan hendaklah
menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih
banyak. Kerajaan turut memperkenalkan produk Inap Desa iaitu menyediakan
"Homestay". Program Inap Desa ini telah menarik minat pelancong untuk
berkunjung ke negara ini. Kerajaan telah menggalakan masyarakat untuk
menjalankan program ini untuk meningkatkan lagi ekonomi negara melalui industri
pelancongan. Selain itu, Buah-buahan tempatan yang bermusim turut menarik minat
pelancong ke negara ini dengan merasai suasana dan keenakan buah-buahan
tmepatan yang hanya terdapat di negara ini.
Selain
itu, konsep pelancongan kesihatan,
agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan.
Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim
durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yanng
diperkenalkan mestilah dapat menarik hati para pelancong. Biasanya pelancong
luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus
mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan
mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh,
pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan
mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor Pelancongan di negara ini.
No comments:
Post a Comment